Terdapat rahsia yg kalau kita praktikkan, insyaAllah, subjek prinsip akaun ni akan jadi subjek yg paling mudah di antara subjek2 lain..
1. Kuasai perkara2 ASAS..
* Asas yg dimaksudkan ialah topik2 yg dipelajari ketika tingkatan 4.. Sebenarnya ketika tingkatan 4 lah pelajar perlu bersungguh2 supaya di tingkatan 5 pelajar boleh bersenang dan tak tertekan.. Ini realiti, dan bukan perkara yg tidak benar.. Bagi masih di tingkatan 4, belajarlah dgn bersungguh dan pastikan kuasai setiap topik2 dipelajari..
2. JANGAN cuba menghafal sahaja format(spt kunci kira2 dan penyata pendapatan)
* Pelajar tak digalakkan menghafal sahaja formula, malah ianya hanya akan menyusahkan.. Sebaliknya pelajar perlu memahami konsep formula itu.. Sebagai contoh, aset bukan semasa yg terdapat dlm kunci kira2.. Ada sesetengah pelajar menghafal item2 yg kebiasaanya ada pada aset bukan semasa, namun jika ada item baru, pelajar akan mula keliru dan tidak pasti di mana hendak letak item tersebut.. Namun jika pelajar paham akan konsepnya, iaitu aset yg tidak mudah cair atau aset yg digunakan utk jangka masa panjang seperti kenderaan, mesin, premis dan tidak lupa simpanan tetap(jika tempoh matang melebihi setahun), pelajar tidak akan lagi keliru dan pasti tidak akan ada masalah dalam mengelaskan sesuatu item itu utk dimasukkan di akaun yg mana..
3. BANYAKKAN melakukan latihan..
* Seperti subjek2 lain, pastinya membanyakkan latihan itu penting supaya ilmu yg terlekat itu tak lupa dan tak hilang.. Banyakkan latihan berkisarkan konsep asas dulu sebelum melakukan latihan yg sukar.. Percayalah, jika pelajar berjaya kuasai asas, topik2 di tingkatan 4, pelajar tidak akan ada masalah sangat masa tingkatan 5 nanti.. Ini janji admin..
4. Perkara paling penting utk menguasai subjek ini ialah BELAJAR MENYINTAI subjek ini..
* Seperti subjek2 lain, pelajar perlulah belajar menyintai subjek tersebut.. Tanpa minat, ilmu yg dipelajari susah utk melekat di dada..
Jika pelajar mengamalkan rahsia di atas, tak mustahil pelajar akan berjaya meningkatkan prestasi pelajar.. Apa yg paling penting utk berjaya ialah usaha, berdoa, berikhtiar dan bertawakal.. Jika ada salah dan silap admin, harap dimaafkan dan komen anda amat dialukan..
i will try my bestt!!
ReplyDelete