Monday, October 18, 2010

Penyata Pendapatan.

Dalam lakukan penyata pendapatan, jgn lupa!

  • Tambahkan jualan tunai dan jualan kredit.
  • Tambahkan belian tunai dan belian kredit.
  • Diskaun diterima dan diskaun diberi.
  • Pulangan jualan dan pulangan belian.
  • Buat pelarasan utk dapatkan jumlah hasil bg tahun tersebut(jika perlu).
  • Buat pelarasan utk dapatkan jumlah belanja bg tahun tersebut(jika perlu).
  • Belanja susut nilai.
  • Belanja hutang lapuk.
  • Format penyata pendapatan(elakkan guna bentuk T)
Semoga anda berhati-hati dalam menyediakan penyata pendapatan. Jika ada kekurangan harap maaf. Do your best!

Wednesday, January 20, 2010

Perbezaan nota debit dan kredit..

1. Nota Debit - diberi oleh pembekal kepada pembeli kerana :

  • Akaun terkurang caj
  • Dikenakan bayaran angkutan, komisen atau faedah

2. Nota Kredit - diberi oleh pembekal kepada pembeli kerana :

  • pembeli memulangkan barang yang rosak, pecah atau tersalah jenis
  • pulangan bekas, tin atau kotak kosong
  • pembeli dikenakan caj berlebihan

Monday, January 18, 2010

Bentuk-bentuk Organisasi Perniagaan..

Terdapat 3 jenis organisasi perniagaan:

1. Milikan Tunggal

* Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja
* Liabiliti tidak terhad
* Pemilik akan menerima semua keuntungan dan menanggung semua kerugian
* Mudah ditubuhkan dan dibubarkan


2. Perkongsian

* Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang pekongsi
* Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961
* Diuruskan oleh pekongsi aktif
* Keuntungan dan kerugian akan dibahagikan mengikut nisbah/kadar yang telah dipersetujui
* Liabiliti tidak terhad


3. Syarikat Berhad

* Ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
* Terbahagi kepada 2 jenis iaitu Syarikat Awam Berhad dan Syarikat Sendirian Berhad
* Syarikat sendirian berhad mempunyai 2 hingga 50 orang pemegang saham
* Syarikat awam berhad pula mempunyai minimum 2 pemegang saham dan jumlah pemegang saham adalah tidak terhad
* Syarikat diuruskan oleh lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung
* Liabiliti adalah terhad kepada jumlah saham yang dibeli sahaja
* Keuntungan dalam bentuk dividen akan diterima oleh pemegang saham

Saturday, January 16, 2010

Modul Prinsip Perakaunan 2010..

Modul prinsip perakaunan bagi tahun 2010 telah keluar dan dijangka akan dicetak dan diedar di sekolah-sekolah dalam masa terdekat.. Untuk rujukan para guru dan pelajar, modul tersebut boleh didownload di dlm format pdf..
http://www.mediafire.com/?mmgqgu5zm5z

Sumber dari cgnarzuki.com..

Kunci kira-kira..

Kunci kira-kira ialah seperti rumusan kepada aset2, liabiliti dan ekuiti pemilik.. Dalam kunci kira-kira hanya terdapat item2 untuk:

1. Aset Bukan Semasa
* Contohnya premis, kenderaan, mesin, simpanan tetap, alatan pejabat dan lain2..

2. Aset Semasa
* Contohnya seperti bank, tunai, penghutang, belanja terdahulu dan hasil terakru..

3. Liabiliti Bukan Semasa
* Contohnya seperti pinjaman bank..

4. Liabiliti Semasa
* Contohnya seperti pemiutang, overdraf bank, belanja terakru dan hasil terdahulu..

5. Ekuiti pemilik
* Dimana kita mencari modal akhir dgn menggunakan formula..

Formula utk mencari modal akhir ialah [ modal awal + modal tambahan + untung bersih/- rugi bersih - ambilan ]

Subjek penting untuk menjadi akauntan..

Bagi pelajar di peringkat SPM, subjek yang paling penting sudah tentulah prinsip perakaunan.. Namun subjek ekonomi asas juga turut penting di samping subjek seperti english, bahasa melayu, dan matematik.. Sebenarnya bidang perakaunan tidaklah terhad kepada akauntan sahaja.. Ada pelbagai jawatan yg berkaitan dengan bidang perakaunan seperti juruaudit, akauntan, akauntan bertauliah, eksekutif cukai dan banyak lagi..

Friday, January 15, 2010

Rahsia lulus subjek prinsip akaun..

Terdapat rahsia yg kalau kita praktikkan, insyaAllah, subjek prinsip akaun ni akan jadi subjek yg paling mudah di antara subjek2 lain..

1. Kuasai perkara2 ASAS..
* Asas yg dimaksudkan ialah topik2 yg dipelajari ketika tingkatan 4.. Sebenarnya ketika tingkatan 4 lah pelajar perlu bersungguh2 supaya di tingkatan 5 pelajar boleh bersenang dan tak tertekan.. Ini realiti, dan bukan perkara yg tidak benar.. Bagi masih di tingkatan 4, belajarlah dgn bersungguh dan pastikan kuasai setiap topik2 dipelajari..

2. JANGAN cuba menghafal sahaja format(spt kunci kira2 dan penyata pendapatan)
* Pelajar tak digalakkan menghafal sahaja formula, malah ianya hanya akan menyusahkan.. Sebaliknya pelajar perlu memahami konsep formula itu.. Sebagai contoh, aset bukan semasa yg terdapat dlm kunci kira2.. Ada sesetengah pelajar menghafal item2 yg kebiasaanya ada pada aset bukan semasa, namun jika ada item baru, pelajar akan mula keliru dan tidak pasti di mana hendak letak item tersebut.. Namun jika pelajar paham akan konsepnya, iaitu aset yg tidak mudah cair atau aset yg digunakan utk jangka masa panjang seperti kenderaan, mesin, premis dan tidak lupa simpanan tetap(jika tempoh matang melebihi setahun), pelajar tidak akan lagi keliru dan pasti tidak akan ada masalah dalam mengelaskan sesuatu item itu utk dimasukkan di akaun yg mana..

3. BANYAKKAN melakukan latihan..
* Seperti subjek2 lain, pastinya membanyakkan latihan itu penting supaya ilmu yg terlekat itu tak lupa dan tak hilang.. Banyakkan latihan berkisarkan konsep asas dulu sebelum melakukan latihan yg sukar.. Percayalah, jika pelajar berjaya kuasai asas, topik2 di tingkatan 4, pelajar tidak akan ada masalah sangat masa tingkatan 5 nanti.. Ini janji admin..

4. Perkara paling penting utk menguasai subjek ini ialah BELAJAR MENYINTAI subjek ini..
* Seperti subjek2 lain, pelajar perlulah belajar menyintai subjek tersebut.. Tanpa minat, ilmu yg dipelajari susah utk melekat di dada..

Jika pelajar mengamalkan rahsia di atas, tak mustahil pelajar akan berjaya meningkatkan prestasi pelajar.. Apa yg paling penting utk berjaya ialah usaha, berdoa, berikhtiar dan bertawakal.. Jika ada salah dan silap admin, harap dimaafkan dan komen anda amat dialukan..