Terdapat 3 jenis organisasi perniagaan:
1. Milikan Tunggal
* Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja
* Liabiliti tidak terhad
* Pemilik akan menerima semua keuntungan dan menanggung semua kerugian
* Mudah ditubuhkan dan dibubarkan
2. Perkongsian
* Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang pekongsi
* Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961
* Diuruskan oleh pekongsi aktif
* Keuntungan dan kerugian akan dibahagikan mengikut nisbah/kadar yang telah dipersetujui
* Liabiliti tidak terhad
3. Syarikat Berhad
* Ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
* Terbahagi kepada 2 jenis iaitu Syarikat Awam Berhad dan Syarikat Sendirian Berhad
* Syarikat sendirian berhad mempunyai 2 hingga 50 orang pemegang saham
* Syarikat awam berhad pula mempunyai minimum 2 pemegang saham dan jumlah pemegang saham adalah tidak terhad
* Syarikat diuruskan oleh lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung
* Liabiliti adalah terhad kepada jumlah saham yang dibeli sahaja
* Keuntungan dalam bentuk dividen akan diterima oleh pemegang saham
wan nih nota bleh check dalam hp masa exam..usaha yang murni
ReplyDeleteklick your kfc ads...
salam, nota ini masih ikut sukatan lama ... sila kemaskini ikut sukatan baru ...
ReplyDeleteTerima kasih CgLama, admin akan kemas kini nota ini..
ReplyDeletenota nie padat n mudah di fahami tq.. :)
ReplyDelete